Saturday, November 9, 2013

huhu

Kembali mencoret
setelah 8 tahun tinggalkan blog ini



Tuesday, June 9, 2009

KHAS BUATMU.. PUTERI HATIKU

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu



Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa



RINDU


Alhamdulillah, syukur kepada Mu ya Allah yang tidak terhingga..

Hari ini, sudah 3 bulan abah 'terbuang' di daerah ini. Jauh dari mu.. sepi tanpa hilai tawamu..

Jauh beratus batu merentasi Banjaran Titiwangsa. Tidak dapat abah gambarkan betapa lukanya hati ini menghadapi perpisahan ini. Beberapa bulan di perantauan, sudah cukup mendera abah betapa kerinduan itu terlalu perit untuk ditanggung.

InsyAllah.. dua tiga hari lagi, abah akan pulang menjengukmu sayang. Abah akan peluk dan cium mu sepuas-puasnya. Abah akan peluk, dakap, cium mu sepuas hati.

Wassalam.

Friday, January 16, 2009

DAYUSKAH? BUTAKAH?


Di kala Gaza menangis lagi untuk kesekelian kalinya..
Di kala sang manusia kian buta hatinya
Di kala manusia kian ganas lebih dari binatang buas.

Di kala taringnya lebih tajam daripada singa.
Di kala kukunya lebih bisa daripada harimau.
Di kala hausnya kian ketara dahagakan darah.

Maka tiada detik lagi tanpa berlakunya pembunuhan.

Kini, Gaza menangis lagi. Tangisannya cukup sayu. Mendayu-dayu. Sudah kian lama tanah suci umat Islam ini dijajah, dirampas, diranap. Mereka yang terpenjara dan menjadi pelarian sudah tidak terbilang lagi. Cukup ramai, malahan kian bertambah. Bagi mereka, air mata sudah seolah-olah kering . Darah manusia bagaikan air telaga, boleh di minum di mana-mana. Tangan dan kaki. Kian kaku dan longlai.

Soalnya? Apa yang mampu kita lakukan? Derma kepada Palestin RM 1 juta? Sidang khas parlimen? Solat sunat hajat? Berdemontrasi? Bakar bendera? Pijak bendera? Boikot? Kutuk, kecam, keji?

Setakat itu sajakah? Kenapa tiada yang sanggup ke sana beramai-ramai. Membantu saudara seagama kita? Mati syahid bersama? Ohhh.. tentunya tiada yang sanggup. Masih tipis lagi iman kita (penulis juga).

Namun begitu, buatlah apa sahaja asalkan jangan tak buat apa langsung. Jika kita masih berdiam diri. Masih tidak tersentuh hati dengan keadaan di Palestin, tentunya ada sesuatu yang tidak kena dengan hati kita. Dalam bahasa yang mudah, hati kita telah rosak. Hati kita telah mati.

Betapa ramai antara kita masih lena beradu dalam banglo emas, makan pagi di luar negara, makan tengahari di rumah, makan malam di luar negara pula. Kereta 5,6 buah depan rumah, barang kemas hingga ke ketiak. Derma? Kita jeling saja. Demontrasi? Berdoa? Ahh.. jarang-jarang sekali je. Peduli apa masalah di Palestin??? Yang penting aku happy. Yang penting dapurku berasap.

Ohh…dunia.

Benarlah sebagaimana kata ulama’,

“Selagi solat Subuh berjamaah di masjid tidak seperti solat Jumaat, jangan diharap Masjid Aqsa dan Palestin kembali ke tangan orang Islam”.

Apa yg kita mampu?? Ya, kita mampu……tapi hanya untuk mengeluh dan mengeluh. Dan mengeluh lagi… Sedangkan yang erat di tangan kanan sebotol coca cola, tangan kiri pula sekeping pizza hut, sedang mata terpaku di tv, saksikan movie terkini, cerita ‘orang putih’, sesekali di selangi dengan Berita Terkini. 150 orang terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel.

Boikot?? Entah laaa...

Ohh…mengeluh lagi…
Kita memang dayus. Tiada rasa. Mati hati.
Buta rasa. Buta jiwa. Buta mata.


Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJRAH :: KEAMPUNAN DI POHON ::

ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah.. Fajar tahun baru menjengah lagi.. hadirnya bersama harapan menggunung insani. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430 buat semua. 

Kullu A'am Wa Antum Bikhair

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya jadi yang terbaik daripada sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah.

Akhirnya kenapa tidak kita turut berhijrah?? dari lemahnya iman kepada kemantapannya, dari seribu dosa kepada sejuta penyesalan..
Salam Hijrah..

Monday, September 15, 2008

APABILA BERUK BERDEMONSTRASI

Salam perjuangan...

Khas buat sahabat2 yang bertolak ke KL siang tadi..untuk menyertai demonstrasi BERSIH

Sememangnya kita sedari, walaupun ditekan & dikecam pelbagai pihak, namun perjuangan menuntut proses pilihanraya yang BERSIH mesti diteruskan. Katakan siapa sahaja dari pihak kerajaan, semuanya menentang demonstrasi tersebut.

Baik pegawai kerajaan, polis, FRU, menteri-menteri, lebih-lebih lagi perdana menteri dan menantunya sendiri. Semuanya tidak setuju, malah ada yang menggelarkan pihak pembangkang sebagai 'beruk jalanan'.

Sesuatu yang cukup melampau.

“Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam pilihanraya umum.”

Satu kenyataan amat bongkak daripada Khairy Jamaluddin. Siapa beruk? Siapa yang berperangai macam beruk?

“Ini bukan soal saya anti demokrasi, ini soal undang-undang, ini soal haram, mereka perlu ditangkap…,”

Wahh..hebat sekali dia berhujah, di bantu pula oleh RTM & TV3. Khairy jadi bongkak, bodoh sombong kerana ber’mertuakan’ Perdana Menteri barangkali. Kerana dia menantu PM, dia fikir boleh buat apa saja?.

Siapa yang berperangai macam beruk?

Khairy pun sudah lupa bahawa dia juga telah menjadi beruk kepada siapa …. Khairy sudah lupa bahawa beliau juga pernah ke jalanraya ketika membantah kehadiran Condoleezza Rice di Malaysia suatu masa dahulu. Jika dikatakan beruk kepadanya semasa mengadakan perhimpunan aman tersebut, mungkin beliau menjawab mereka ada permit. Dengan itu membezakan antara beruk atau tidak beruk adalah permit polis dan bukan perkara – perkara lain. Atau boleh dikatakan “Beruk ada permit” kepadanya.


Saturday, September 13, 2008

KITA BUKAN YG PERTAMA...

SEDARLAH..

Terimalah hakikat bahawa, Afghanistan adalah negara pertama di rantau ini yang berjaya menghantar rakyatnya ke angkasa. Sebuah negara yang jauh lebih mundur dari kita. Individu berkenaan, Abdul Ahad Mohmand yang kini berusia 48 tahun itu berlepas ke angkasa dengan roket Soyuz TM6 pada 29 Ogos 1988 dengan ditemani 2 angkasawan Russia, Vladimir Lyakhov dan Valery Polyakov. Beliau selamat tiba di bumi pada 6 September 1988.

Walau apa pun, kita semua bangga akan pencapaian program angkasa negara tetapi dalam masa yang sama, kita ingin sekali mengkritik. Kenapa? Kerana ianya dikatakan terlalu membazir : hinggakan RM100 juta terpaksa dikorbankan untuk program berkenaan?. Ianya bukan jumlah yang sedikit. Kerana apa dikatakan membazir?

Kerana.. buat apa ke angkasa kalau kepentingan rakyat bawahan kian diabaikan!. Tambahan pula, hebat sangatkah kalau hanya menumpang ‘teksi’ orang lain untuk ke angkasa?.

Khabarnya, itupun setelah mendapat ehsan dari Rusia kerana membeli jet pejuang Sukhoi untuk Kementerian Pertahanan. Andaikata wang sebanyak itu disalurkan untuk kemudahan pendidikan, membina rumah kos rendah ataupun digunakan sebaik mungkin, mungkin ribuan pelajar tidak perlu menanggung beban riba PTPTN.


Tetapi, nilaian itu kelihatan agak kecil bagi segolongan mereka bagi menjamin survival politik parti pemerintah. Kenapa dikatakan demikian?. Kerana dikala negara kalut dengan tragedi Batu Buruk, rasuah, jenayah, video VK Lingam, kenaikan harga barang, maka program ini dilihat satu-satunya GULA-GULA yang tinggal untuk mengumpan rakyat. Jesteru, tidak hairan jika kejayaannya ke angkasa diperbesar-besarkan akbar & tv hingga menenggelamkan isu lain yang lebih penting.

Walahu'alam


Monday, September 1, 2008

TERKINI !! POLIS JADI ALAT BN

KUALA TERENGGANU, 9 Sept

Dua orang cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam. Mangsa berkenaan masih lagi di tahan dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.

Berbelas-belas orang telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS, Suhaimi Taib yang sehingga kini masih lagi ditahan polis.

Antara pimpinan PAS yang turut ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun. Pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran BERSIH oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.

Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu. Sementara itu, di Kuala Lumpur, PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenainya jam 3 petang ini.

Sumber : Harakah Daily

Tuesday, July 22, 2008

SENYUMAN..

...... Siapakah paling berbahagia dalam kehidupannya? Orang beriman tentu lebih banyak tersenyum daripada merungut kerana mereka tidak mahu Allah SWT mendengar keluhan atas takdir mereka hari ini. Selain tersenyum dan bersyukur, mereka juga optimis dalam menjalani ranjau kehidupan.

..... Kegembiraan itu menjadi roh kebangkitan apabila hati disentuh duri ujian. Mereka cepat melupakan kesedihan dan bangkit kembali dengan senyuman syukur kepada Allah.

..... Senyuman yang ikhlas menjadi pemangkin kejayaan seorang mukmin dunia dan akhirat. Mulakan dengan senyuman yang menerbitkan cahaya iman. Senyuman ikhlas menandakan seseorang itu berada pada tahap kualiti amal yang produktif. Kerana keceriaan itu berhubungan langsung dengan keadaan emosi. Jika emosi seseorang baik maka ia akan melakukan amal dan kerja dengan gembira dan berkualiti.

Wallahua'lam....

Wednesday, July 16, 2008

RENUNGAN II


Berjuang memang pahit..
kerana syurga itu indah.

Bukan sedikit mahar
yang perlu di bayar..

bukan sedikit pedih yang di tagih..

Ingatlah..
tiada permaidani indah untuk pejuang islam..
tiada gelaran dan anugerah istimewa

Ingatlah..
hanya cabaran dan ujian getir yang menanti..

Ikhlaskan niatmu...
kerana nilai Allah amat tinggi buat hambanya
yang terkorban demi agamanya....

Monday, July 14, 2008

RENUNGAN

Apabila Terasa Diawasi Tuhan,
Rasa Berdosa Setiap Masa,
Rasa Kurang Beramal,
Rasa Berterima Kasih Dengan Nikmatnya,
Rasa Rela Dengan Kehendaknya,
Rasa Hina Dengan Kemuliaannya,
Rasa Kerdil Dengan Kebesarannya,
Rasa Harap Pada Rahmatnya
Dan Kasih Sayangnya…
ITULAH TANDA KITA MEMPUNYAI SIFAT KEHAMBAAN

Saturday, July 12, 2008

PERTAMA

Dalam senyumku, ada sedih
Dalam senyumku, ada kecewa nan terbakar

Dalam riangku, ada sejuta tanda tanya
Dalam sedihku, ada tangis yang ku pendam

Dalam cintaku, ada sayang untuk mu